Friday, March 9, 2012

SAMBUTAN HARI KELUARGA PERSATUAN ORANG KAYA HAJI PAHANG TAHUN 2012

Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji Pahang buat julung kalinya akan mengadakan Sambutan Hari Keluarga Tahun 2012 pada 31 Mac 2012 hingga 1 April 2012 akan datang di Taman Tasik Temerloh, Pahang.

Acara pada hari Sabtu 31 Mac 2012 itu, akan bermula dengan pendaftaran pada jam 7.30 pagi dengan yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 sahaja bagi sekeluarga dan diikuti dengan Senamrobek hingga jam 8.30 pagi. Menyusul selepas itu pula ialah acara Sukaneka Kanak-kanak, remaja dan dewasa. Banyak acara yang disediakan seperti melukis, mewarna untuk acara kanak-kanak, jogathon remaja dan veteran, Lambungan Kasih, Boling Kelapa dan Musang Berjanggut untuk wanita dan lain-lain lagi. Acara dijangka akan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Pada sebelah petang diadakan mesyuarat Jawatankuasa Koperasi Orang Kaya Haji untuk mengatur hala tuju dan perancangan masa depan koperasi yang baru sahaja didaftarkan.

Selepas Solat Asar berjemaah, diadakan pula Majlis Tahlil Perdana yang akan diketuai oleh Pengerusi Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji sendiri iaitu Haji Wan Jamaludin Wan Bidin.

Acara yang dijangka lebih menarik ialah "Majlis Makan Malam Tautan Kasih Serumpun" yang akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh. Majlis dijangka bermula pada jam 8.00 malam. Di Majlis Makan Malam ini akan dipersembahkan sebuah teater "Orang Kaya Haji Dalam Kenangan" yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Teater daripada SMK Temerloh sendiri. Di samping itu akan disampaikan hadiah pemenang Sukaneka, cabutan nombor bertuah serta Hadiah Pencipta Logo dan Bendera Persatuan. Serentak dengan itu akan dilancarkan logo dan bendera rasmi persatuan dan perasmian mesyuarat Agung persatuan kali ke enam.

Bagi menjayakan Majlis Makan malam ini, jualan meja akan dijalankan untuk semua waris keturunan Orang Kaya Haji pada kadar RM150.00 sahaja atau RM15.00 sahaja bagi satu kerusi. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah akan disediakan tempat jamuan khas. Pada keesokan harinya dijalankan Mesyuarat Agung Persatuan OKH kali ke-6.

Kepada semua waris keturunan Orang Kaya Haji, tuan-puan adalah dengan sukacitanya dijemput menghadiri Majlis Sambutan Hari Keluarga ini. Seramai 200 hingga 300 orang dijangka akan hadir. Bagi keluarga yang jauh dari Temerloh diharap dapat menghubungi hotel, rumah rehat, atau homestay yang berdekatan kerana penginapan yang disediakan oleh urusetia adalah terhad.

Kepada yang berminat untuk hadir sila hubungi Pengarah projek ini, Encik Abd Aziz bin Deraman di nombor talian 0199766594 atau 0169365559; atau Pengerusi Persatuan, Haji Wan Jamaludin Wan Bidin (013-2922135) atau Setiausaha. En. Rosely bin Manah (0193300256).

Sebarang sumbangan sama ada dalam betuk hamper dan wang tunai adalah dialu-alukan bagi menjaya dan memeriahkan lagi program ini. Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke akaunPersatuan Keturunan Orang Kaya Haji (BIMB - 06028010050358).

AJK Persatuan OKH dan Urusetia program menanti anda semua!!!!!!!!!!

DATANG JANGAN TAK DATANG.

Saturday, December 10, 2011

JEMPUTAN MESYUARAT AJK BIL 1/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Persatuan Bilangan 1/2012 akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 8 Januari 2012
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Balairaya Kg. Bukit Pampong, Dong

Agenda:

Ucapan pengerusi
Pembentangan Minit Mesyuarat AJK Bil. 7/2011
Laporan Bendahari
Pembentangan Kertas Cadangan Program Hari Keluarga OKH
Perlantikan AJK Program
Laporan Pengerusi Biro Ekonomi dan Kebajikan
Laporan Pengerusi Biro Pendidikan dan Kerohanian
Laporan Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi
Hal-hal lain.

Semua AJK Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji adalah dijemput hadir. Sila hubungi Pengerusi atau Setiausaha jika terdapat sebarang masalah untuk hadir.

Kehadiran tuan-puan adalah amat bermakna demi kemajuan persatuan kita.

Wassalam.