Saturday, December 10, 2011

JEMPUTAN MESYUARAT AJK BIL 1/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Persatuan Bilangan 1/2012 akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 8 Januari 2012
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Balairaya Kg. Bukit Pampong, Dong

Agenda:

Ucapan pengerusi
Pembentangan Minit Mesyuarat AJK Bil. 7/2011
Laporan Bendahari
Pembentangan Kertas Cadangan Program Hari Keluarga OKH
Perlantikan AJK Program
Laporan Pengerusi Biro Ekonomi dan Kebajikan
Laporan Pengerusi Biro Pendidikan dan Kerohanian
Laporan Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi
Hal-hal lain.

Semua AJK Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji adalah dijemput hadir. Sila hubungi Pengerusi atau Setiausaha jika terdapat sebarang masalah untuk hadir.

Kehadiran tuan-puan adalah amat bermakna demi kemajuan persatuan kita.

Wassalam.

Saturday, November 26, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1433

Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1433. Semoga tahun baru hijrah ini memberikan semangat dan keazaman baru untuk semua.

Doa Akhir Tahun
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Awal Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Thursday, November 24, 2011

MESYUARAT AJK PADA 27.11.2011 DITUNDA

Mesyuarat AJK yang dijadualkan pada 27 November 2011 (Ahad), Jam 10.00 pagi terpaksa ditunda ke 4 Disember 2011 (Ahad) atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Persatuan dimaklumkan akan menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah pada tarikh tersebut bersama pegawai dari jabatan beliau. Tarikh baru mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Wednesday, November 16, 2011

JEMPUTAN MESYUARAT AJK PERSATUAN BIL 7/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Persatuan Bilangan 7/2011 akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 27 November 2011
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Balairaya Kg. Bukit Pampong, Dong

Agenda:

Ucapan pengerusi
Laporan Bendahari
Pembentangan Draf Minit Mesyuarat Agung Bil. 5/2011
Pembentangan Usul dan Cadangan Mesyuarat Agung Bil 5/2011 untuk tindakan AJK
Pembentukan Biro-biro
Cadangan Aktiviti 2011/2012
Hal-hal lain.

Semua AJK Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji adalah dijemput hadir. Sila hubungi Pengerusi atau Setiausaha jika terdapat sebarang masalah untuk hadir.

Tuan-puan juga dipohon menyediakan cadangan aktiviti untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti.

Kehadiran tuan-puan adalah amat bermakna demi kemajuan persatuan kita.

Wassalam.

Monday, November 14, 2011

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KALI KE-5 DAN PELANCARAN KOPERASI KETURUNAN ORANG KAYA HAJI

Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Bersempena Sambutan Hariraya Aidil Adha 1432H, Persatuan akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-5 serta Pelancaran Koperasi Keturunan Orang Kaya Haji yang akan diadakan sebagaimana buiran berikut:

Tarikh : 13 November 2011 (Ahad)

Pendaftaran: Bermula jam 8.30 pagi

Tempat : Dewan Orang Ramai, Budu

2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dengan sukacitaya dijemput ke Majlis berkenaan. Sebarang bentuk sumbangan sama ada wang tunai, kuih muih, atau jamuan lain adalah amat dialu-alukan dan dipohon menhubungi nobor telefon di atas.

3. Bersama ini disertakan aturcara majlis dan borang sumbangan serta borang cadangan usul untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung nanti. Borang cadangan usul hendaklah sampai kepada setiausaha persatuan sebelum atau pada 11 November 2011.

Kehadiran Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sesungguhnya akan menyerikan majlis itu nanti.

Sekian, Wassalam.