Saturday, December 10, 2011

JEMPUTAN MESYUARAT AJK BIL 1/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Persatuan Bilangan 1/2012 akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 8 Januari 2012
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Balairaya Kg. Bukit Pampong, Dong

Agenda:

Ucapan pengerusi
Pembentangan Minit Mesyuarat AJK Bil. 7/2011
Laporan Bendahari
Pembentangan Kertas Cadangan Program Hari Keluarga OKH
Perlantikan AJK Program
Laporan Pengerusi Biro Ekonomi dan Kebajikan
Laporan Pengerusi Biro Pendidikan dan Kerohanian
Laporan Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi
Hal-hal lain.

Semua AJK Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji adalah dijemput hadir. Sila hubungi Pengerusi atau Setiausaha jika terdapat sebarang masalah untuk hadir.

Kehadiran tuan-puan adalah amat bermakna demi kemajuan persatuan kita.

Wassalam.

Saturday, November 26, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1433

Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1433. Semoga tahun baru hijrah ini memberikan semangat dan keazaman baru untuk semua.

Doa Akhir Tahun
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Awal Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.